Kehidupan awal Joanie_Dodds

Joanie adalah anak sulung dari lima beradik.tiga diantaranya adalah lelaki dan selebihnya wanita. Beliau dilahirkan di Beaver Falls, dan juga tinggal di Rawson, Ohio selama 7 tahun, dan graduasi dari Cory-Rawson High School.

Ibu bapanya telah bercerai semasa Joanie berumur 3 tahun, yang di mana Joanie di bawah hak penjagaan secara perkongsian bersama kakaknya, Jennifer selama setahun. Kedua-dua ibubapanya berkahwin sekali lagi dan dikurniakan dengan banyak anak. Bapa Joanie, adalah pegawai bagi Churches of God di Mansfield, Ohio. Ibunya pula adalah pengurus jualan bagi satu syarikat keluli di Beaver Falls.

Di sekolah menengah, Joanie telah disifatkan sebagai gila-gila, suka berseronok tetapi bukan seorang dikenali di sekolahnya. Ia berlanjutan sehingga di tahun seniornya dan selepas bertukar sekolah ke Rawson, barulah dia dikenali dan personalitinya kian menyerlah. Joanie telah terlibat dengan pasukan sorak, trek, pementasan teater, koir dan majlis kesatuan pelajar di sekolahnya. Beliau menjadi presiden kesatuan pelajar dan juga naib presiden kelas senior pada tahun senior beliau sepertimana beliau telah menjadi naib presiden bagi koir. Beliau turut berkemahiran bermain seksofon dan piano lebih dari 15 tahun dan terlibat konsert bagi kumpulan jazz sehingga beliau gred sepuluh. Selepas sekolah tinggi, beliau telah memasuki University of Findlay, di Findlay, Ohio. Beliau lebih cenderung terhadap sains komputer berbanding ekonomi. Semasa beliau di kolej beliau telah melibatkan diri di dalam program Summerstock Theater yang di mana beliau telah membintangi beberapa pertunjukan, termasuk "The Will Rogers Follies" dan "Born Yesterday". Beliau telah meninggalkan universiti untuk mengikuti kenjaya di dalam bidang peragaan selepas telah "ditemui" di dalam satu acara ProScout di Columbus, Ohio pada September 2001. Dari ProScout, Joanie telah menandatangani kontrak bersama Paulines Agency di New York dan Aria di Chicago. Joanie telah memperaga di New York, Chicago, Pittsburgh, Cleveland sebelum diujibakat 3 kali bagi America's Next Top Model pada tahun 2003 dan 2004, akhirnya beliau telah menerima panggilan masuk setelah cubaan kali ketiga. Beliau juga adalah Big Sister di dalam rancangan Big Brothers Big Sisters dan telah membuatkan pihak universiti dan badan-badan amal muncul bagi menyatakan pendapat mereka terhadap pelajar dan bercakap tentang rancangan tersebut dan rasa rendah diri.